Headquarters

6006 A & H, Pekan Batu 6, Jalan Kelantan, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Talian Pelanggan

+60 11 1055 9256

Talian Herbalis

+60 13 7784 188

Sekapur Sireh

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera kepada semua pelanggan yang di hormati lagi di raikan. Di kesempatan yang sangat berharga ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH, kerana diberikan kesihatan yang baik serta dengan IlhamNya juga dapat saya kongsikan dengan anda satu kaedah yang UNIK dan sungguh EFEKTIF di Alaf Global dunia serba canggih ini. Selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat baginda.

Che Manan Ali

Pengasas & CEO

SSP (Smart Sharing Programme)

“Sharing my ideas and impressions with people inspires me for creating new projects!”

0 %

Pengalaman Perniagaan

0 %

Pengalaman dalam bidang keusahawanan

Saya sangat yakin dengan bantuan ALLAH dan disokong dengan keyakinan diri, kebolehan serta pengalaman selama 32 tahun berkecimpung dalam bidang Pemasaran, Motivasi, Latihan & Pembangunan Usahawan, khususnya dalam bidang ‘Pemasaran Berangkaian’ atau selalu disebut orang Network Marketing. Ia adalah Aset yang sangat berharga untuk saya mencipta satu system yang dinamakan SMART SHARING PROGRAMME (SSP) melalui kaedah Home Shopping iaitu ‘Anda berbelanja tapi jadi kaya’ bagaimana..? Dikesempatan yang akan datang pasti akan saya kongsikan.

Dalam diri kita ada satu kuasa yang sangat unik, iaitu KUASA UNTUK MEMILIH. Tahniah saya rakamkan diatas keputusan bijak anda MEMILIH menjadi Pelanggan dan keluarga besar SSP, Sokongan dan dokongan kuat dari sahabat, kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Ayuh sahabatku, kita tiada masa untuk lena dan alpa, bangkitlah dari tidur berbantalkan resah, berselimutkan gelisah. Tinggalkan rumah beratapkan susah, berdindingkan payah, terus menerus dijendela kemiskinan, terhimpit dan dihimpit. Kita bangunnn.. Kita Bina Kekayaan dan Kesenangan..KITA bukan Pengemis dibumi ini , KITA adalah TUAN Dibumi Sendiri.

Akhir kalam dari saya, yang baik datang dari ALLAH, yang buruk dan lemah adalah kelemahan saya, pun begitu kelemahan yang ada ini boleh di tampung dengan kelebihan yang dikurniakan ALLAH kepada Sahabat-sahabat sekalian.

Saya Sayang Anda Semua.

Wabillahi taufik walhidayah
Wassalamualaikum Warohmatullahi
Wabarokatuh.

Che Manan Ali
Pengasas & CEO SSP

Latar Belakang Syarikat

itubuhkan pada 18 Ogos 2008 dengan memulakan perniagaan secara trading dan pada Januari 2011 SSP menawarkan perniagaan secara E-commerce Real Time Online Sistem dengan konsep yang sangat unik iaitu UGU “User Get User” di mana setiap pengguna layak menikmati rebet tunai terhadap pembelian peribadi dan mendapat insentif tunai ketika menjadi pengenal kepada pelangan baru serta pembelian ulangan peribadi dan kumpulan, tanpa perlu maintain seperti direct selling. Kami mempelawa anda menjadi pengguna bijak pelanggan pintar untuk merealisasikan formula 3K (Kesihatan, Kewangan, Kebajikan)

Latar Belakang Syarikat

itubuhkan pada 18 Ogos 2008 dengan memulakan perniagaan secara trading dan pada Januari 2011 SSP menawarkan perniagaan secara E-commerce Real Time Online Sistem dengan konsep yang sangat unik iaitu UGU “User Get User” di mana setiap pengguna layak menikmati rebet tunai terhadap pembelian peribadi dan mendapat insentif tunai ketika menjadi pengenal kepada pelangan baru serta pembelian ulangan peribadi dan kumpulan, tanpa perlu maintain seperti direct selling. Kami mempelawa anda menjadi pengguna bijak pelanggan pintar untuk merealisasikan formula 3K (Kesihatan, Kewangan, Kebajikan)

Profil Pengasas SSP Global Community

Usahawan berasal dari Terengganu.

Pengasas perniagaan yang berpengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi Syarikat selama 32 tahun. Sebagai Trainer dan Motivator dalam bidang keusahawanan dan kemasyarakatan.

Perunding perniagaan networking, dan pengamal perubatan alternatif (Herbalis).

Mengendalikan modul seminar keluarga sakinah untuk masyarakat sebagai aktiviti sosial.

Mengendalikan Modul Klinik Sahsiah Pelajar dan Smart Student Programme untuk sekolah-sekolah.

Mengendalikan Modul Kesihatan Adalah Satu Nikmat dan Kekayaan.

Sebagai Penceramah jemputan untuk agensi kerajaan dan swasta.